Friday, March 31, 2006

PERMATA - Satu Pengenalan

PENGENALAN

 Nama
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu`tah [PERMATA]
جمعية الطلبة الماليزيين بجامعة مؤتة

 Bahasa Rasmi
Bahasa Melayu

 Tarikh Penubuhan
28 Oktober 1999

 Penaung
Kedutaan Besar Malaysia Ke Jordan

 Penasihat Kehormat
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia,Kedutaan Besar Malaysia Ke Amman

MOTTO
“Cemerlang Maju Gemilang”

DASAR
 Dasar PERMATA ialah Al-Quran dan Hadis disamping menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas Islam

TUJUAN
 Bersatu menuju kecemerlangan dalam bidang akademik dan kerjaya berlandaskan Al-Quran dan Hadis

MATLAMAT
 Menyatukan mahasiswa/wi Malaysia Universiti Mu`tah ke arah perpaduan dan perkara-perkara kebajikan
 Mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh ahli.
 Membina dan meningkatkan kesedaran ahli dalam bidang terutama dalam bidang pelajaran.
 Mewujud dan merapatkan hubungan dengan semua pihak yang tidak bertentangan dengan dasar PERMATA.